apa tu wang peruntukan sementara (wps)?
wang peruntukan sementara tu ialah value of uncertained works yang dimasukkan dalam dokumen tender kontrak. take note that nilai keseluruhan kerja wps ni tak boleh melebihi 30% dari nilai anggaran kos projek.
kontraktor utama boleh tak mohon nak buat kerja wps?
bila tender dah award and kerja pun dah jalan.. kontraktor utama boleh mohon dengan pegawai penguasa (pp) untuk jalankan kerja-kerja wps ni - dengan syarat: kontraktor utama ada kepala dan sub-kepala yang sesuai and of course, prestasi kontraktor tu bagus and on schedule.
kalau kontraktor lain yang dipilih buat kerja wps macamana?
kalau kontraktor utama tak mohon dari pp untuk jalankan kerja wps, pp boleh proceed perolehan kerja wps ni sama ada secara runcit, sebutharga atau pun tender depending on the wps amount dalam tender. lepas pp dah pilih kontraktor mana yang nak digunapakai untuk jalankan kerja wps tu, pp kena maklum kontraktor utama dan arahkan kontraktor lantik subkontraktor atau pembekal tersebut. pp jugak kena maklum kontraktor utama bahawa mereka bertanggungjawab ke atas subkontraktor atau pembekal tersebut. kira macam kahwin paksa dalam kontrak la ni. hehe. tapi main contractor pun boleh masuk fight harga dengan kontraktor-kontraktor lain. no restraints there. lepas kontraktor utama dah buat lantikan kepada subkontraktor yang dipilih, kontraktor utama kena sediakan dokumen subkontrak dan memperuntukkan bayaran terus dibuat kepada subkontraktor melalui penyerahan hak. untuk lantikan wps lebih dari rm 500k je yang memerlukan kelulusan lembaga perolehan/jawatankuasa sebutharga.
kontraktor utama dapat tak nilai keuntungan dan layanan?
kalau let's say kontraktor utama dapat buat kerja wps, kontraktor utama tidak berhak untuk dibayar nilai keuntungan dan layanan sepertimana yang diperuntukkan dalam kontrak. kalau kontraktor lain yang buat wps, kontraktor utama boleh dibayar nilai tersebut. kadar % macam kat bawah ni:
- rm 500k ke bawah - 7.5%
- rm 500k - rm 1 juta - 5%
- rm 1 juta - rm 5 juta - 4%
- rm 5 juta - rm 10 juta - 3%
- rm 10 juta ke atas - < 3%
kalau main contractor tak setuju dengan subkontraktor yang dipilih oleh pp macamana?
kalau main contractor tak setuju, dia boleh lantik subkontraktor yang lain dengan syarat subkontraktor tu adalah di kalangan kontraktor yang fight harga masa tender/sebutharga wps tu. - dengan syarat mendapat kelulusan lembaga perolehan/jawatankuasa sebutharga berkenaan harga dan tempoh penyiapan kerja wps tu.
No comments:
Post a Comment